Sunday, 10 March 2013

Setia Hujung Nyawa

Hari ini, semasa saya dan atuk dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba atuk suruh saya memberhentikan kereta. “Atuk terlupa Rizal. Sepatutnya atuk beli bunga untuk nenek kamu. Tak apalah Rizal, berhentikan kereta di hujung simpang tu. Dekat situ ada kedai bunga.” “Eh, atuk nak beli bunga buat apa? Special sangat ke hari ini buat atuk dan nenek?,” Tanya Rizal sambil tersenyum. “Bukan.” Atuk diam. “Tapi setiap hari adalah istimewa buat nenek kamu. Nenek kamu suka bunga, jadi atuk belikan bunga setiap hari kerana itu akan membuatkan nenek kamu gembira setiap hari juga.” Atuk senyum. Rizal senyum bangga. Bangga melihat cinta sejati merpati dua sejoli ini.

No comments:

Post a Comment